Berikan Cadangan Anda Terhadap Blog Ini, Terima Kasih

Monday, July 5, 2010

Cetusan Pena




Lama aku tak menulis di sini, tak tahu apa nk coretkan, aku bukannya pandai nk berblog atau mereka cerita,


ya aku baru beli notebook DELL pada harga 2.3++ masa promosi dan bila habis promosi harganya begitu ketara meningkat , mengikut kata adik aku 3 ribu lebih ,

aku pun masih belajar mengunakannya maklumlah benda baru banyak yg hendak di belek...


Saturday, April 3, 2010

Persoalan Untuk kita

Apakah tugas anda yang sebenarnya untuk hidup di dunia ini?, adakah hanya untuk hidup dan mati begitu sahaja?, adakah begitu mudah dan senang sahaja untuk hidup begitu?.


Adakah anda merasa ringan atau pun dengan selamba melakukan maksiat sedangkan anda percaya akan kewujudan Allah dan hukuman yang akan anda dapati hasil melakukan perbuatan itu?,

Adakalanya banyak persoalan yang tidak terjangkau oleh akal manusia yang menyebabkan hal yang tidak membolehkan kita berfikir untuk mewujudkan persoalan.

Ya manusia tidak boleh berfikir dengan berpandukan akal sahaja yang boleh menyebabkan kita menjadi sesat yang nyata,

Ya aku tidak menafikan yang umat skrg menghadapi pasang surat keimanan ,
solat pun kadang buat kadang tidak itu pun belum lagi tentang masalah sosial yang banyak berlaku skrg,
sebenarnya apakah yang berlaku kepada diri kita sebenarnya?

Kembalilah kepada AlQuran Dan Sunnah Nabi yang di tinggalkan kepada kita semua


Friday, April 2, 2010

Ribut Di Mindaku

Mengapakah dengan tiba-tiba aku merasakan kehilangan sesuatu dalam hidup, mungkinkah perasaan kesepian yang menekan menyebabkan semua itu muncul?.


Apakah aku bisa selamat dari serangan yang bertalu-talu ini?
bukanlah kerana wanita yang menyebabkan ini semua tetapi sesuatu yang bersarang didalam pemikiran ku yang aku sendiri tidak mengetahuinya,

Aku mengakui yang masalah ini tidak akan selesai sehingga aku sendiri hilang,apa yang aku boleh lakukan hanyalah usha dan pasrah sambil berdoa semoga tengkujuh berlalu pergi...,

Template by : realpendekar Blogsport.com
body, a:hover{cursor: url(http://www.boomspeed.com/dorischu/cursor/0137.ani);