Berikan Cadangan Anda Terhadap Blog Ini, Terima Kasih

Wednesday, December 30, 2009

Ribut Melanda

Sudah berulang kali aku cuba untuk menulis tentang apa yg aku rasa tentang perasaan hati ku namun banyak kali aku padam semula kerana tidak bertepatan dengan maksud yg hendak aku nyatakan..

Entah mengapa aku rasa seolah sesuatu akan tak baik akan terjadi , minta di jauhi perkara itu ya ALLAH,

susah hendak aku mengambarkan dalam bentuk kata kata tentang apa yg aku rasa,

Ya mungkin aku berfikir tentang masa depan aku , ibu ku dan lain lain hal, emm entahlah aku sendiri pun tak tahu apa sebenarnya keanihan perasaan ini..

Monday, December 28, 2009

Terjahan Perasaan

Aku mengakui kaulah wanita terbaik yg aku temui dengan kesempurnaan sikap mu tetapi yg bermasalahnya aku mempersiakanmu sehingga kau merajuk membawa diri, aku ini mmg bermasalah dan tidak serius dalam semua perkara , kini kau sudah berkahwin dan berbahagia bersama suami dan anak ,

Sesungguhnya aku amat bersyukur kau berkahwin dan mendapat suami yg penyayang bukan macam aku perangai yg aku sendiri susah nk tafsirkan..,

aku melepaskanmu tanpa ada perasaan kesal dan sedih, ermm hairan dengan sikap aku ini..,
entah ke mana pergi sumpah dan janji aku seolah macam terbang di angin lalu ,

Aku tahu kau kini bahagia dan aku gembira dengan berita itu , ya mungkin jika hidup dengan ku maka kau akan menderita di sbbkan kita berbeza,

Aku kini masih bersendirian menanti sesuatu yg mmg tak pasti , ermm tak nampak apa pun ,

Thursday, December 24, 2009

Suatu Isyarat

Ya Allah andainya masa untuk ku telah tiba maka aku redha, masa untuk ku mmg semakin kurang namun aku masih tidak melakukan apa yg diperintahkan oleh mu ya Allah,

Perasaan sebegitu semakin menebal di kala aku keseorangan , entah mengapa fikiran ku semakin kosong dan buntu dan tiada bernafsu untuk apa sahaja,

Aku seolah kehilangan kata kata untuk berbicara untuk meluahkan apa yg dirasa,

Ya kata kata tidak mampu membayangkan apa yg dirasa

Tuesday, December 22, 2009

Keghairahan Yg Terpadam

Apa yg akan terjadi seterusnya langkah ini, masa terlalu suntuk dan terlewat , kemungkinan melangkah ke alam tu semakin kelam dan gelap.

namun aku masih begini masih tenang dan damai dalam melalui liku liku kehidupan ,

keghairahan ku semakin berkurang dan tiada bersungguh untuk mencapai sasaran yg di tetapkan,

apakah sebenarnya terjadi pada diri ku?,
aku akui mmg aku ni bermasalah dari segala segi iaitu fizikal dan mental.

mungkin aku ada masalah penyakit jiwa yg aku tidak sedari..,

aku sebenarnya perlu memecah tembok penghalang pada pemikiranku yg terkongkong sekian lama, mengapa sejak sekian lama aku masih tidak lepas dari tembok yg amat besar ini?

mmg sah aku ni bermasalah ..

Friday, December 11, 2009

Tafsiran Minda

Sebenarnya aku tak kisah klu orang mentafsir apa sahaja ku katakan mengikut tafsiran mereka , apa sahaja tafsiran adalah di terima dan amat betul,

mereka boleh menafsir mengikut kaedah apa sahaja tafsiran yg ada di sekeliling mereka atau yg pernah mereka alami ,

maksudnya apa yang aku ceritakan tidak nampak punca atau sesuatu yg boleh menjelaskan maksud yg tersembunyi itu,
ya mungkin sahaja kisah diri ku atau masalah ku namun ia di kiaskan sehingga org tak faham hahahahah, tu yg aku katakan org boleh tafsir apa sahaja dan ia di anggap betul dan tepat sekali,

errr nanti aku sambung sbb aku pun tengah blur dengan apa yg aku tulis hahahhahah

Thursday, December 10, 2009

Kepuasan Dalaman

hahahha bukan nk cerita apa pun , ni tentang cursor yg aku buat kat background blog aku ni, puas gak belajar nk buat hahhhhahah, klu ada sesiapa yg nk belajar atau nk tahu cara buat benda tu email aku atau letak sahaja kat shout out box ya , klu ada yg lebih terer sila ajar aku ya hahhahaha,

aku sedang cuba buat bubbless cursor seperti di lihat di sini tapi tak boleh boleh lagi nampaknya

oklah aku nk tido ni esok aku kena awal bangun ada hal penting gak , ok bye bye bebeh hahhahhaah

Tuesday, December 8, 2009

Memecah Kekalutan

Adakah anda puas dengan apa yg ada telah capai?,

Ya aku faham manusia tidak akan puas sampai bila bila pun selagi masih hidup,

Adakah aku kenal erti puas itu atau maksud puas itu dari segi perbuatan dan perasaan?

Aku sering memikirkan apa perkara yg membuat aku gembira atau benar benar gembira namun aku tidak dapat menjawabnya sendiri ,

yelah yelah mmg ada perkara yang mengembirakan aku tetapi aku rasa tidaklah melayakkan aku untuk berkata ia sesuatu yang memuaskan hati,

jangan kata pulak aku tak bersyukur !!, ya apakah sebenarnya yang aku cari ?. jika keinginan itu aku harapkan mmg tidak akan tercapai pun sampai bila bila kecuali dengan izin Allah tetapi dari segi realiti mmg tidak akan tercapai.

Monday, December 7, 2009

Kejutan Melanda

Entah mengapa hati ku berasa semacam aje, mengapa pula aku harus bimbangkan hal itu bukannya ada apa apa pun, entahlah mungkin perkara kecil pun aku ambil kira itu pasal aku ini bermasalah,

pandai pandailah cari alasan klu identiti terdedah hahahha, klu nk lebih mudah baik mengelak aje dari terjerumus,

Sebenarnya aku klu boleh ingin saja menemui kalian namun keadaan yg memaksa jadi begini, aku belum bersedia lagi tetapi jika terpaksa aku akan gagahkan juga walaupun ia akan mengundang banyak persoalan.

Saturday, December 5, 2009

Gerbang Harapan

Aku baru je balik dari kenduri perkahwinan di Cheras Baru,
err aku bukan nk cerita tentang pengantin perempuan yg cun atau masakannya tetapi mengenai diri ku yang masih bujang hehehe,

banyak soalan dari saudara mara ku bertanya bila kau ni nk berkahwin?,
emmm bila dah banyak kali soal malas aku nk jawab, letih rasanya nk jawab,

bukannya mereka tidak melihat kelemahan ku yang amat ketara untuk ke arah itu, ia jelas terlihat di mata mereka,
entahlah aku pun masih takde bayang lagi dengan siapa aku nk berkahwin hheheheh,

bukannya aku tak inginkan perkahwinan namun banyak hal yang aku perlu fikirkan selain masalah kelemahan aku ini,

opppp!!, bukannya kelemahan nafsu seks ya hhahahhaha , bab tu aku rasa ok je , ini kelemahan lainlah,

ya setiap manusia inginkan perkahwinan ,
aku akan cuba mencapainya dengan seberapa segara.

Tersekat Di Alam Mental

Aku bangun dari tidur dan sambil berbaring otak aku mula berfikir tentang apa yang harus aku buat untuk hari ini dan di masa hadapan, ahhh lembab betul otak aku ni macam ada halangan untuk lepas dari kongkongan , ermm macam tak kemana aje rasanya aku ni,

Ya mengapakah perkara yang penting dan sewajarnya aku lakukan boleh aku lengahkan dan berasa tenang untuk tidak melakukan !!.

Apakah aku ada masalah dalam pemikiran atau aku ini mmg ada masalah?,

Apa masalah kau!!?,

entah aku pun tak tahu nk tafsirkan bagaimana , aku perlu berubah namun mengapa pula hati ini berasa tenang tanpa perlu mengubah apa yang patut aku ubah.
nampaknya aku mmg bermasalah.

Serangan Mematahkan Sayap

Sudah terlalu lama sayap ku patah hingga kini masih berbalut, entah mengapa sejak dari dahulu aku mengharapkan sayapku akan kembali pulih sepertu biasa walaupun aku sedar ia tidak mungkin terjadi,

Dengan keadaan sukar begini aku mencari makan sekadar untuk hidup dan tidak berlebihan ,hanya itu sahaja yang aku mampu, ya mungkin aku terlalu mengalah rasanya !!

Ya aku mengakui aku akan hidup dengan sayap ku yang patah seumur hidup ku,
aku mengharapkan sesuatu yang ajaib akan mengubah hidup ku ,

err nampaknya aku masih berangan - angan lagi

Perjuangan Yang Berada Di Pertengahan

Aku ni runsing gak dengan perut aku yang mula memboroi ke depan dari dada, aku mula sedar perubahan itu semenjak Hari Raya Adil Fitri yang lepas,

Aku cuba juga diet untuk kurangkan makan terutama tidak makan di waktu malam tetapi kadang kala berjaya kadang kala tidak , adakala makan sikit di waktu malam , entahlah susah nk berjuang melawan nafsu makan ni, itu yang susah tu apabila masakan sedap di hidangan , nampaknya susah nk berjaya melawan nafsu makan ni,

Aku dah banyak baca petua diet untuk menguruskan badan namun susahlah nk kontrol makan ni, nampaknya semangat aku masih tak kuat lagi dengan rancangan untuk diet.

klu perut boroi setelah berkahwin takpelah juga ini aku masih bujang lagi kenalah jaga sikit walaupun diri kurang laku.

aku kena cuba lagi dengan rancangan diet ni dengan lebih penumpuan.
entahlah ,harap harap ia berjaya walaupun nampak gagal tu kuat.

Tengkujuh Dalam Perjalanan

Nampaknya masalah tidak akan kunjung selesai ,
Aku tak mampu mengubahnya dengan kemampuan yang aku ada, memanglah kata kata itu mudah nk di ucapkan oleh sesiapa sahaja tetapi kemampuan untuk memperjemahkan dalam tindakan itu amat payah,

Ya betul tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan namun itu pun cuma kata kata aje,
sebenarnya ia bergantung dengan keadaan diri seseorang itu untuk mengubah nasibnya,

Pada aku tidak nampak jalan untuk mengubahnya dan rasanya ia kan kekal begini selamanya tetapi aku tetap berharap agar ia akan berubah suatu hari nanti , berharap saja memang mudah hehhehheh. entahlah..

Template by : realpendekar Blogsport.com
body, a:hover{cursor: url(http://www.boomspeed.com/dorischu/cursor/0137.ani);