Berikan Cadangan Anda Terhadap Blog Ini, Terima Kasih

Monday, July 5, 2010

Cetusan Pena




Lama aku tak menulis di sini, tak tahu apa nk coretkan, aku bukannya pandai nk berblog atau mereka cerita,


ya aku baru beli notebook DELL pada harga 2.3++ masa promosi dan bila habis promosi harganya begitu ketara meningkat , mengikut kata adik aku 3 ribu lebih ,

aku pun masih belajar mengunakannya maklumlah benda baru banyak yg hendak di belek...


Saturday, April 3, 2010

Persoalan Untuk kita

Apakah tugas anda yang sebenarnya untuk hidup di dunia ini?, adakah hanya untuk hidup dan mati begitu sahaja?, adakah begitu mudah dan senang sahaja untuk hidup begitu?.


Adakah anda merasa ringan atau pun dengan selamba melakukan maksiat sedangkan anda percaya akan kewujudan Allah dan hukuman yang akan anda dapati hasil melakukan perbuatan itu?,

Adakalanya banyak persoalan yang tidak terjangkau oleh akal manusia yang menyebabkan hal yang tidak membolehkan kita berfikir untuk mewujudkan persoalan.

Ya manusia tidak boleh berfikir dengan berpandukan akal sahaja yang boleh menyebabkan kita menjadi sesat yang nyata,

Ya aku tidak menafikan yang umat skrg menghadapi pasang surat keimanan ,
solat pun kadang buat kadang tidak itu pun belum lagi tentang masalah sosial yang banyak berlaku skrg,
sebenarnya apakah yang berlaku kepada diri kita sebenarnya?

Kembalilah kepada AlQuran Dan Sunnah Nabi yang di tinggalkan kepada kita semua


Friday, April 2, 2010

Ribut Di Mindaku

Mengapakah dengan tiba-tiba aku merasakan kehilangan sesuatu dalam hidup, mungkinkah perasaan kesepian yang menekan menyebabkan semua itu muncul?.


Apakah aku bisa selamat dari serangan yang bertalu-talu ini?
bukanlah kerana wanita yang menyebabkan ini semua tetapi sesuatu yang bersarang didalam pemikiran ku yang aku sendiri tidak mengetahuinya,

Aku mengakui yang masalah ini tidak akan selesai sehingga aku sendiri hilang,apa yang aku boleh lakukan hanyalah usha dan pasrah sambil berdoa semoga tengkujuh berlalu pergi...,

Monday, March 29, 2010

Dunia Kegelapan

Terlalu lama aku telah bertahan dalam menempuh kegelapan untuk mencari sinar kehidupan yang tak kunjung tiba,


Hampir 70 peratus kekuatan ku telah hilang semasa peristiwa gelap melanda diri ku dan aku tidak menyangka sehingga kini aku boleh bertahan , kesannya sehingga kini amat parah seolah burung yang patah sayap , (ya apa perasaan burung tu bila seumur hidupnya tidak mungkin boleh terbang lagi)

Ya mahu tak mahu hidup kena teruskan juga, aku seolah dapat memerhatikan rumput dan tumbuhan membesar dalam permerhatianku ,

ya mungkin agak sukar untuk memahami bahasa aku yang agak berbelit.

Sunday, March 28, 2010

Sentuhan Rasa

Susah hendak menjawab soalan yg di tanya apabila ia menyentuh peribadi ,

apakah jawapan itu benar - benar pasti dari lubuk hati?, aku sendiri pun tak dapat jawab.

aku tahu susah nk menjelaskan situasi yang ada namun kena faham juga hati org juga, apakah kita ini cukup sesuai atau bagus untuk dirinya,

apakah kita perlu terlalu merendahkan diri atau cuma perlu melahirkan keyakinan yg kuat sedangkan keadaan diri begitu kelemahan dari berbagai segi,

ya kejujuran itu amat penting , tidak akan kemana pun jika kejujuran itu di tinggalkan,

perlu pasrah dan berusha andai diri begitu kelemahan , terpulanglah jika kita di terima seadanya, ya bukan semua boleh menerima..



Monday, March 22, 2010

Berita yang Berlalu

lama betul aku tak update blog ini, mungkin rasanya tiada apa yg boleh diceritakan,


apa yang berlaku hanyalah peristiwa - peristiwa kecil sahaja namun ia membangkitkan satu semangat lain iaitu untuk mengakhirkan impian setiap lelaki yg berseorangan dalam hidup,

apakah aku mampu mencapainya?,

aku tidak mempunyai banyak masa lagi untuk ke arah itu....

Tuesday, February 9, 2010

Tekanan Tahap Tinggi

Izinkan aku mencurahkan kesepian hati di alam ini, ia amat menekan sekali dan tidak tahu nk bercerita bagaimana rasanya, yg nyata ia bukan berkait tentang cinta dan kasih sayang,

akan ku tempuh walaupun derita kerana itu sahaja jalan yg ada maka mahu tak mahu aku terpaksa tempuh, apa yg aku dapat lihat di masa akan datang hanyalah samar dan kaku,

adakah aku menghadapi masalah mental?, mmg aku rasakan begitu di sbbkan fikiran yg tak menentu.

Wednesday, January 27, 2010

Menanti Kepastian

Aku akui selalu pasrah dalam menghadapi keinginan hati, aku tidak berharap untuk mencapainya walaupun ada usha untuk mendapatkannya, banyak perkara begini terjadi yg menyebabkan aku tiada berharap lagi ,


Ya bukan mudah untuk mendapat sesuatu yg di hajati walaupun klu sudah mendapatkannya pun perasaan ini sukar di pulihkan..

Wednesday, January 20, 2010

Gangguan Fikiran

Entah apa yg ada dalam fikiran ku yg menyebabkan susah untuk tidur padahal semuanya berlegar - legar dalam hal remeh temeh,


Mungkin aku terlalu memikirkan peluang yg muncul dan menjadi tamak namun aku tidak begitu cuma pemikiran aku yg susah hendak di kawal.

aku susah hendak meletakan satu pemilihan yg sesuai dengan jiwa ku , entah mengapa pendirian sering tidak tetap dan berubah dalam jangka waktu yg sangat rapat,

entahlah , susah aku di buatnya.


Tuesday, January 12, 2010

Hanyut Entah Ke Mana

Aku terus hanyut dalam dunia ku sendiri dan aku masih tak jumpa jalan keluar. perasaan dalam diri terasa kosong dan buntu,


renungan pun tiada berisi , oh apa yg harus aku lakukan lagi di saat fikiran ku begini?, entahlah susah nk jawab sbb aku pun sendiri pun tak tahu nk jawab.

tak kanlah aku terus menuruti masa yg berlalu itu untuk menentukan nasib ku?

nampaknya itu keputusan yg ada buat masa ini.

Template by : realpendekar Blogsport.com
body, a:hover{cursor: url(http://www.boomspeed.com/dorischu/cursor/0137.ani);